Sunday 20 August 2017

Merdeka myBuddies Run 2017 - 20 August 2017

Setelah menyertainya pada tahun lepas, tahun ini register lagi tapi dengan kategori Half Marathon pulak berbanding tahun lepas hanya 10km jea. Namun kali ini venue bertukar tempat di Maeps Serdang setelah tahun lepas di Cyberjaya. Penyertaan kali ini mencecah seramai lebih kurang 8000 orang dan sekali lagi hadiah kereta menjadi grand lucky draw seperti tahun lepas.

Ini merupakan kali kedua berlari di Maeps Serdang dan sememangnya laluan di sini banyak pendakian serta ber"roller coaster". 3 kategori disediakan iaitu 21km,10km dan 5km. Peserta half marathon dilepaskan pada pukul 6.10pagi dengan penyertaan lebih kurang 4 ribu orang. Sepanjang larian, laluan yang disediakan memang banyak pendakian namun pertembungan dengan peserta 5km di KM15 menyebabkan laluan yang sempit menjadi sesak dan sukar untuk berlari kerana ramai peserta yang hanya berjalan-jalan sambil bergambar serta berborak-borak sesama rakan. Terpaksa berlari di atas rumput @off road bagi mengelak dari terlanggar peserta lain.

Penyertaan kali kedua dalam event ini....

Seawal jam 5 pagi acara telah bermula...peserta sudah mula berkumpul di garisan permulaan...

Peserta tengah warming-up dan senaman pemanas badan di pentas utama...

Flag off pada pukul 6.10 pagi....lewat sedikit namun sempat untuk bersolat Suboh terlebih dahulu...

Bertembung dengan peserta 5Km semasa di KM15....laluan menjadi sesak dan sukar untuk berlari....

Ramai peserta yang hanya berjalan sambil berborak-borak serta bergambar...sukar untuk berlari dicelah-celah peserta dan kadang-kandang terpaksa mengelak dari terlanggar peserta yang hanya berjalan...

Tidak sesuai laluan digabungkan dengan kategori yang lain kerana mengganggu peserta lain yang ingin berlari...

Letih....tak boleh berlari sangat masa ini...sesak... 


Ada jugak gambar masa berlari....ini dah nak sampai finishing line...

Sampai di garisan penamat....ramai peserta yang bergambar di garisan finishing...menggangu peserta lain yang ingin menghabiskan larian...pihak penganjur perlu memantau situasi ini kerana keadaan di garisan penamat agak kelam-kabut...



Peserta semakin ramai yang tiba....tidak menunggu sehingga lucky draw...balik awal bagi mengelakkan kesesakan semasa keluar dari Maeps nanti...


Medal menarik daripada Medal Depot

Alhamdullilah....ini sahaja yang mampu...

Laluan yang berbeza semasa MHWH pada bulan lepas....

No comments:

Post a Comment