Saturday 30 September 2017

MAKNA Founder's Night Run 2017 - 30 September 2017

MAKNA Founder's Night Run 2017 merupakan event yang di register pada saat-saat akhir disebabkan oleh pembatalan event untuk Malaysia Marathon 2017 yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka. Kekecewaan ini ditebus di Dataran Putrajaya sempena acara yang dianjurkan oleh Pusat Kanser Negara (MAKNA). Acara ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 4.000 orang dan katergori HM merupakan jumlah yang paling sedikit iaitu tidak lebih daripada 500 orang. Kebanyakan peserta menyertai kategori 12Km dan 5Km sahaja. Rasanya ini merupakan kali pertama larian MAKNA mempunyai kategori Half Marathon.

Flag off lebih kurang pada pukul 8.10 malam selepas acara senaman zumba dilakukan. Peserta HM dilepaskan dahulu dan laluan di Putrajaya sememangnya berbukit namun tidak berapa pacak seperti di Bukit Tunku.


Larian HM yang ke-7 pada tahun ini....

Slot untuk kategori HM....tidak berapa ramai namun tetap meriah...

Pentas utama dihadapan Palace of Justice Putrajaya... 

Solo jea kali ini....

Flag off pada pukul 8.10 malam....


Tarian zumba terlebih dahulu bagi memanaskan badan sebelum larian bermula...

Berjaya menghabiskan larian....tiada gambar semasa berlari disebabkan malas nak keluarkan handphone...fokus pada larian...terdapat juga laluan yang agak gelap selepas KM7 sebelum membuat pusingan u-turn.... 

Alhamdullilah....semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan....

Acara meriah.....namun tidak menunggu lama disebabkan mengejar masa untuk balik ke Bukit Beruntung....memandu solo jea kali ini....family tak ikut.... sebelum mata mengantuk lebih baik balik dulu....


Antara peserta yang baru tiba.....

Ambil kesempatan bergambar dulu sebelum balik.....terima kasih kepada yang sudi untuk mengambilkan gambar....

Medal yang seterusnya untuk tahun ini....banyak koleksi medal berlari jea tahun ini berbanding dengan berkayuh basikal....in sya allah tahun depan akan diperbanyakkan untuk aktiviti berbasikal pulak...

Sunday 24 September 2017

2XU Compression Run 2017 - 24 September 2017

Event kali kedua disertai selepas menyertainya pada tahun lepas di Kompleks Sukan Air Persint 6 Putrajaya, namun kali ini di Padang Merbok Kuala Lumpur pula dalam suasana di kedinginan pagi. Rasanya ini merupakan kali pertama untuk tahun ini berlari di Padang Merbok. Larian di Padang Merbok tidak sah jika tidak melalui Bukit Tunku yang terkenal dengan laluan berbukit berbentuk roller-coaster.

Larian kali ini antara yang mencabar jika dibandingkan dengan Putrajaya, Meaps atau pun Cyberjaya. Banyak pendakian di kawasan Bukit Tunku dan hanya flat road semasa melintasi lebuhraya Mahameru menuju ke Tugu Negara semula. Pendakian menuju puncak pencawang sebelum membuat pusingan U memang mental. Melihatkan runner lain mulai turun membuatkan larian semakin lemah dan kurang bertenaga.

2XU Compression Run 2016


Event HM yang keenam untuk tahun ini dan yang ke-11 sepanjang menyertai event larian...

Terlambat sampai di starting line disebabkan parking kereta penuh di kawasan parking bertingkat di depan Bukit Aman....nasib baik terdapat ruang parking di dalam Masjid Bukit Aman... pukul 5.10 pagi baru bergerak menuju ke Padang Merbok...

Flag Off untuk Wave yang ke-3 pada pukul 5.20 pagi...peserta lebih kurang 10 ribu orang....duduk di barisan paling belakang...

Pemandangan sekitar Kuala Lumpur sebelum terbit matahari....suasana untuk indah...berhenti seketika bagi melihat keindahan ciptaan Allah...ketika ini berada di puncak Kenny Hill....

Melepasi Pusat Tennis Jalan Duta...melalui Hentian Jalan Duta....climbing panjang di sini...

Bukit memang pacak.....nak mencugap berlari sehingga ke puncak...
 
Laluan roller coaster....turun naik turun naik.....

Akhirnya sampai di finishing line walaupun timing tak berapa mantap kali ini.....tewas dilaluan berbukit...nak putus nyawa mendaki di kawasan Bukit Tunku nie...

Peserta sudah ramai yang sampai....keadaan sesak dan tak tunggu lama...terus menuju ke kereta untuk balik...

Bergambar dulu sebelum balik...terima kasih Tn.Haji Umar ARB tolong ambilkan gambar sebagai kenangan...

Kalau dulu semasa awal menceburi event larian, memang selalu berlari di Padang Merbok, tetapi 10Km jea...namun kali ini HM punya penangan lagi hebat dari 10km....kena banyak training lagi....berjumpa di MAKNA Night Run di Putrajaya pada minggu hadapan...

Saturday 16 September 2017

Malaysia Day Solo Ride BB-KKB - 16 September 2017


Kayuhan dari Bukit Beruntung ke Empangan Kuala Kubu Bahru setelah 2 bulan tidak berkayuh dan kali terakhir pun semasa Audax300 selepas Raya Puasa hari tuu. Terasa sakit-sakit badan terutama tapak kaki disebabkan lama tidak duduk di atas saddle. Kayuhan pagi ini adalah santai dan relax jea menuju ke empangan KKB dalam suasana pagi yang mendung serta berangin.

Empangan Kuala Kubu Bahru....sunyi hari ini disebabkan tutup semasa Public Holiday....hanya ada seorang security yang memantau keadaan di sini...

Seperti biasa Pit Stop dekat sini....lepak rehat dulu setelah melayan laluan roller coaster di Jalan Rasa....penat rasanya disebabkan baru mula berkayuh setelah berehat selama 2 bulan....

Jentera lama yang masih berkhidmat....

Tunggu keretapi lalu...tapi tak lalu-lalu pun.....

Kenderaan pun tak banyak di awal pagi.....


Sampai di empangan....tak nampak pengayuh lain walaupun rasanya ada event dari KKB ke puncak Fraser Hill....

Tak sah kalau tak bergambar di sini....hasrat hati macam nak lajak terus ke GAP Fraser tetapi faktor baru start kayuh hari ini, batalkan sahaja hasrat...terus berpatah balik ke BB.... 

Lepak kejap di sini walaupun kawasan di tutup sempena cuti public holiday....pak security bagi lepak kejap jea....sempat ambil gambar dan terus beredar....

Suasana memang mendamaikan...tenang disini dengan tiupan angin ala sepoi-sepoi bahasa....tempat sesuai untuk beristirehat serta menenangkan fikiran.... 

Alhamdullilah...takungan air masih di paras maxumim....hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini telah meningkatkan kapasiti air di empangan ini....

On the way balik...singgah di Petronas KKB....sarapan pagi dulu...loading tenaga dulu sebelum layan laluan roller coaster time balik nanti...

Pekena setin air nescafe sejuk dan 2 roti coklat.... lepak sekejap sebelum menuju semula ke BB...

Jadi lah sebagai permulaan setelah lama tak berkayuh....asyik berlari jea sampai berkayuh pun dah lupa....teringin pula nak kayuh century ride....

Puncak tertinggi lebih kurang 300m semasa berada di empangan KKB....

Sunday 10 September 2017

IJM Allianz Duo Highway Challenge (NPE Highway) - 10 September 2017

Ini merupakan event combo yang kedua selepas Duo Challenge Besraya di Plaza Tol Loke Yew pada bulan July yang lalu. Kali ini di New Pantai Expressway (NPE) pula bermula di tol berhampiran dengan Sunway Piramid Mall. Peserta kali ini mencecah seramai lebih kurang 12 ribu orang dengan 2 kategori yang dipertandingan iaitu 21km dan 10km. Larian bermula seawal jam 5.30 pagi bagi kategori HM manakala kategori 10km dilepaskan pada pukul 6.30 pagi.

Berlari di lebuhraya tanpa sebarang kenderaan yang mengganggu merupakan suatu kepuasan disebabkan bukan mudah untuk berlari disana jika tiada penutupan lebuhraya dilakukan. Sejak kebelakangan ini ramai pemilik konsesi lebuhraya menganjurkan larian di lebuhraya milik mereka sebagai aktiviti kemasyarakatan serta tanggungjawab sosial. Namun larian kali ini di dalam keadaan basah disebabkan hujan yang turun semasa larian.


Event combo yang kedua setelah Besraya....namun kali ini laluan basah disebabkan hujan yang turun di awal pagi...

Di awal pagi semasa sampai di starting line...bermula di hadapan Sunway Pyramid Mall..

Peserta sudah mula berkumpul...jalan mula sesak menuju ke Sunway...nasib baik dapat parking di bangunan HSBC.. 

Macam biasa...solo jea kali ini....ramai kekawan yang hiking di PineTrail Fraser Hill...sedih tak dapat join hiking pagi nie...

Suasana pagi di sekitar Sunway Pyramid...dah lama sangat tak masuk shopping complex nie..


Flag off lewat sedikit pada pukul 5.40 pagi....suasana di awal larian agak baik...

Menuju ke KM15....hujan lebat mulai turun walaupun sebelum itu hujan renyai-renyai sahaja....basah kuyup dan berlari dalam kesejukan pagi...

Selfie dulu sebelum hujan turun....

Menuju ke finishing line....

Sampai juga di finishing line... larian paling worst kali ini disebabkan keadaan perut yang meragam serta memulas dan tak sempat makan untuk mengalas perut sebelum larian kerana terbangun lewat dan semua yang dirancang pada awalnya tak sempat dilakukan...

Peserta yang baru sampai....hujan juga sudah mula berhenti...

Beratur untuk mengambil refreshment...roti dan air disebabkan perut terlalu lapar....



Umar ARB dan Wan Latif....lepak berborak sebelum balik...



Gabungan medal Besraya dan NPE....plat khas diberikan kepada mereka yang mendaftar secara combo...