Tuesday 28 November 2017

Penang Bridge International Marathon 2017 - 26 November 2017

Tahun ini merupakan kali ketiga menyertai Penang Bridge International Marathon dan kali kedua menyertai acara HM. Seperti biasa flag off pada pukul 3 pagi dan masa yang diperuntukan selama 3 jam. Penganjur agak straight  berkaitan dengan "rule dan regulation" dimana peserta yang tidak dapat menghabiskan larian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan tidak diberikan medal finisher dan juga t-shirt. Terdapat banyak bantahan daripada peserta diatas peraturan yang tetapkan pada tahun lepas.

Walaupun musibah banjir besar telah melanda Pulau Pinang pada awal bulan ini, namun penganjuran tetapi diteruskan dan segalanya berjalan dengan lancar. Pada mulanya juga agak khuatir dengan situasi yang melanda kerana bimbangan berlakunya pembatalan acara pada saat-saat akhir, Namun, alhamdullilah semua berlangsung seperti yang dirancangkan.



HM yang ke-9 untuk tahun ini....
Kategori yang sama seperti tahun lepas...

Starting line untuk kategori 10Km dan Fun Run di hadapan Estin Hotel...

Peserta FM...kelompok hadapan kebanyakannya didahului oleh peserta dari luar negara...lari berdesup-desup dia orang...

Peserta FM...baru 1KM memulakan larian...teruja melihat mereka, mungkin tahun hadapan ingin mencuba kategori FM pulak...


Jumlah peserta yang menyertai PBIM kali ini mencecah seramai lebih kurang 35K peserta...

Queensbay Mall....tempat acara bermula....



 Flag off peserta HM pada pukul 3 pagi dan COT selama 3jam 45minit....

Front runner bagi kategori HM....

Sempat ambil sekeping jea gambar selfie semasa berlari....malas nak keluarkan handphone...

Water Station di atas Jambatan Pulau Pinang...

Sudah 16Km...membuat pusingan u-turn di atas jambatan sambil berbaki 5Km lagi untuk dihabiskan...

Sampai juga di garisan penamat....target untuk sampai di garisan penamat sebelum azan Suboh tidak kesampaian...berbaki 2Km lagi kedengaran laungan azan Suboh...

Kolesi medal PBIM yang ketiga...semoga diberikan kekuatan untuk tahun hadapan....

No comments:

Post a Comment